• Media Gallery
  • Announcements
  • USM PAMER 15 HASIL KERJA INSAN ISTIMEWA

USM PAMER 15 HASIL KERJA INSAN ISTIMEWA

3DBAA7BB 0A8D 44C3 87B6 584D30254C60

PULAU PINANG, 29 Ogos 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) dan disokong oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) serta Muzium Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) mempamerkan hasil kerja insan istimewa warga Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Pameran Mini Grafik Digital Insan Istimewa.

 Menurut Ombudsman USM, Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, program grafik digital khas untuk insan istimewa ini adalah sangat penting bagi golongan ini yang jarang berpeluang untuk menyentuh komputer dan menerokai dunia digital.

82659155 AB0A 4EAB 8213 236F9C6DDF4B

“Melalui program ini, para insan istimewa ini dapat mengekspreskan idea mereka dan secara tidak langsung ianya dapat membina keyakinan diri serta keseimbangan antara rohani dan emosi dalam kehidupan mereka, bagi kedua-dua kanak-kanak dan dewasa, tua dan muda,” tambah Md. Salleh.

46B7AA8F 5774 4BFD BB76 69EB6C3BE7A2

Sementara itu, Pengarah Jaringan Komuniti, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Syed Yusof Syed Kechik berkata pihaknya akan terus membantu golongan ini di bawah kluster OKU dan program sebegini amat baik serta dapat mencetuskan lebih banyak karya seni daripada golongan ini. Sementara itu, Pengarah Jaringan Komuniti, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Syed Yusof Syed Kechik berkata pihaknya akan terus membantu golongan ini di bawah kluster OKU dan program sebegini amat baik serta dapat mencetuskan lebih banyak karya seni daripada golongan ini. 
“Melalui program ini, para pelajar menunjukkan potensi yang sangat baik dan jika terus diberikan peluang seperti ini, mereka akan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang,” kata Presiden Persatuan Orang-Orang Cacat Negeri Pulau Pinang, Dato’ Teh Lay Kuan. 
Pameran mini tersebut berlangsung selama tiga hari bermula 29-31 Ogos 2018 ini di MGTF USM, Pulau Pinang. Sebanyak 15 hasil karya terbaik dipamerkan hasil daripada bengkel dan kursus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perisian grafik digital iaitu PhotoShop khas yang dianjurkan oleh PTPM.

ACBDF06F 388B 4C68 8F1A CDF637BFBAA5

Pada majlis yang sama, turut disampaikan dua buah komputer riba kepada Persatuan Orang Cacat Negeri Pulau Pinang dan Pusat Kanak-kanak Istimewa Pulau Pinang bagi membolehkan lebih banyak karya insan istimewa ini dihasilkan. Komputer riba tersebut adalah sumbangan daripada seorang usahawan, Chow Poh Hin. Pada majlis yang sama, turut disampaikan dua buah komputer riba kepada Persatuan Orang Cacat Negeri Pulau Pinang dan Pusat Kanak-kanak Istimewa Pulau Pinang bagi membolehkan lebih banyak karya insan istimewa ini dihasilkan. Komputer riba tersebut adalah sumbangan daripada seorang usahawan, Chow Poh Hin. 
Turut hadir ialah Pengarah PTPM, Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Penyelaras Pendidikan mewakili Pengetua Pusat Kanak-Kanak Istimewa Pulau Pinang, Cikgu Nur Azri Chan Abdullah serta Pensyarah PTPM merangkap Ketua Projek Pameran, Dr. Chau Kien Tsong. 
Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Nor Amin Zainal Kamarudin

  Admin Login