Seminar Sehari Insan Istimewa

A3 1

Seminar Sehari Insan Istimewa "Mencapai Potensi Keupayaan melalui Teknologi Sokongan ICT" merupakan satu acara yang berlangsung selama sehari pada 16 Disember 2017 bertempat di Kompleks Cahaya USM.   Peserta seminar diberikan pendedahan secara umum mengenai kajian dan teknologi ICT terkini berkaitan insan istimewa.  Secara khususnya, penekanan diberikan kepada isu berkaitan masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan autisma.

Selain sesi yang melibatkan ceramah pakar-pakar dalam bidang tersebut, wakil dari pihak NGO dan syarikat komersil yang berkaitan dengan insan istimewa juga dijemput untuk mengadakan pameran dalam memberikan kesedaran kepada warga USM khususnya dan orang awam umumnya.

Pada hari tersebut juga akan dilancarkan Sekretariat Insan Istimewa (SISWA) USM yang merupakan sebuah persatuan yang dikendalikan oleh mahasiswa istimewa USM. Di samping itu, prototaip Mobile Health App (Sejahtera Lestari) yang dibangunkan oleh PTPM dengan kerjasama Pusat Sejahtera, USM juga akan dilancarkan dalam majlis tersebut.

>>MUAT TURUN BROSUR 1<<

>>MUAT TURUN BROSUR 2<<

A3 2

  Admin Login